Friday, May 18, 2012

ruang untuk dia

walaupun setiap hari pasti ada sahaja yang masuk kedalam minda dan silih berganti,tetapi ruang untuk dia sentiasa kekal dan utuh berada dalam minda dan tubuh ini.tidak pernah sesekali aku ingin cuba untuk membuang ruang itu dan mengisikan dengan memori baru.biarlah ruang untuk dia kekal untuk selama-lamanya.

Wednesday, September 28, 2011

pusingan

alam berputar disertai juga oleh masa.
pengikut juga mengikuti putaran itu.
kemunculan terus menjelma.
yang jatuh berusaha untuk naik dan naik pula takut untuk jatuh.
fenomena juga menunjuk kebolehan masing-masing.
baru mengantikan lama namun lama tetap teguh.
suara-suara melonjak-lonjak bersuara.
sesama juga tidak sebulu walaupun dari unsur yang sama.
angan-angan terus menempatkan diri dan bersaing.
beza tiada guna hanya kemampuan mengatasi.
pusingan hanya melihat dan terus berpusing

Tuesday, August 23, 2011

ada kita kisah???

untuk renungan kita bersama di aidilfitri.maaf zahir dan batin.

BAJU MELAYU

  • ayah= jenis biasa,murah,tak memilih
  • kita = style baru,agak mahal,penat memilih
T-SHIRT
  • ayah = nipis,murah,simple,style lama
  • kita = kain cotton,yg baru sampai,fashion baru
SELUAR
  • ayah = beli time nk raya atau pun kt bundle,murah
  • kita = beli kt shopping mall,biar mahal asal smart,latest design
SANDAL
  • ayah = asal boleh pakai,brand tempatan,design simple
  • kita = mesti org puji,harga boleh beli 2 lagi pasang sandal ayah
BELT
  • ayah = singgah kt expo hari raya terus beli,beli jenis yg sama mcm sebelum-sebelum ni sbb murah
  • kita = beli sama dgn seluar,design mcm brand international
WAKTU SHOPPING
  • ayah = ikut je kemana kita pergi,bagi pendapat dgn choice kita
  • kita = tak tau@tak sedar ayah pergi beli barang-barang dia,nak tak nak je tengok
DUIT
  • ayah = pakai duit sendiri
  • kita = ada la pakai sikit duit sendiri
SUMBER UNTUK SHOPPING
  • ayah = sendiri
  • kita = ayah yg bagi dan ibu ada bagi sikit

pernahkah kita kisah akan perasaan ayah?
ada kita kisah yg ayah juga teringin nak bergaya time raya?
kalau ingat2 balik,ada kita buat macam ni kat ayah?
pasal duit bukan segalanya bagi ayah..tapi pasal duit kalau bagi kita?
rasa2 ayah pernah ke dapat macam kita sekarang ni time dia kecik2 dulu?klo tak,bila lg ayah nk merasa?
ayah buat supaya kita happy tpi apa pula kita buat utk ayah?

kita ni memang tamak gila babi.boleh sampai lupa diri dan lupa orang lain.memang la kita kena hargai dan guna apa yg kita dapat tapi betul ke kita buat ni?dengan situasi mcm ni?kita ni bodoh.bila dah kena batang hidung sendiri baru terpikir.berubah la ataupun tunggu la bila kita dh kawin dan ada anak.baru tau rasa mcm mana yg ayah rasa.

PULAU PANDAN JAUH KE TENGAH
GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA
HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH
BUDI YANG BAIK .......


Sunday, June 12, 2011

fb bukan facebook


FLINT BEASTWOOD.adalah watak yang aku selalu pakai kalau main HON@HEROES OF NEWERTH.HON ni game online yang sekarang dah ramai orang main.sama sahaja macam DOTA@DEFENCE OF THE ANCIENTS.watak ni sama macam sniper kalau kat dalam DOTA cuma dalam HON dia bukan manusia,dia macam makhluk asing sikit.watak ni senang nak pakai dan senang nak attack.tak macam watak2 yang lain.so,sape2 yang baru nak men HON cubalah pakai watak ni..hahaha...ni je yang aku nak bagi tau..tq..

Thursday, June 2, 2011

Hilang Rasa Cinta

Aku bukan yang sempurna
Ibarat kaca dan permata
Aku insan atas nama cinta
Kau menerima cintaku dalam apa saja

Aku
Hilang rasa sayang
Hilang rasa benci
Hilang segala janji
Termeterai di hati
Tinggal hanya mimpi
Untuk selamanya

Aku
Membiar engkau pergi
Jangan kau tangisi
Ku korban cinta suci
Berakhir di sini
Ku doa kau bahagia bersama dirinya

Friday, May 27, 2011

komplot si keroni

sembang kencang,semuanya kencang.semuanya nk tip-top je.itulah cara si penyembang kat pendengarnya yang "tiong".semua orang pun meleleh dengar cakap dia.mula-mula aku pun percaya juga tapi bila dah lama-lama aku rasa macam dipergunakan je.baru macam level 1 dah bajet macam lagu the carpanter "top of the world".sudah-sudah la wei,buat menghabehkan boreh je.suruh aku kipas,mintak tolong supaya dapat lepas tapi bila dah dapat aku dibiarkan.apa pun tak dapat.bukan nak katakan habuk,angin tu pun tak dapat.ADUH!!!BALE BALE!!!

Wednesday, May 25, 2011

permulaan 8tahun@nama,kenal dn sayang dia..


keunggulan cinta dari sinar mata yang bergelora.itu seumpama kisah aku ini.dari mata ke hati.bermula sewaktu aku masih lagi dibangku sekolah rendah dan masih baru mengenal tentang cinta,aku terasa ada sesuatu yang akan aku alami.

sewaktu pertama kali aku terdengar nama dia daripada mulut aiman,aku terus terpaku seketika seolah-olah aku tidak pernah mendengar nama seperti itu.padahal kawan-kawan aku yang lain juga ada nama yang sama sepertinya.mungkin ada sesuatu disebalik nama itu.ia bagaikan ada aura tersendiri yang membuatkan aku sungguh terpersona.perasaan aku meronta-ronta untuk melihat wajah pemilik nama itu.namum masa masih tidak mengizinkan aku melihat wajahnya.hari berganti hari,siang bertukar malam namun namanya masih terdengaran dicuping telinga dan terus menusuk ke hati.adakah dia memang ditakdirkan untuk aku.aku terus terpinga-pinga seorang.aku terus nekad untuk melihat wajahnya.namun semua itu hanya sekadar sementara.disebabkan faktor masa dan umur telah membuatkan ingatan aku padanya semakin hari semakin lusuh.

setahun lebih berlalu dan tiada langsung aku ingat apa-apa tentangnya dan perasaan aku terhadapnya.namun dengan tanpa diduga dan spontan,dia berada didepan mata.dan tiba-tiba seorang kawanku memanggil satu nama yang ketika dahulu telah membuatkan aku terpersona serta selalu "terbang".rupa-rupanya nama itu telah bersama dengan pemiliknya.sekali lagi aku terpaku.biji mata aku seperti ingin terkeluar apabila melihat rupa wajahnya yang telah sekian lama aku nantikan.ternyata dia sungguh cantik.lantas tanpa sedar dia telah menempah ruang kosong didalam hati.