Thursday, May 13, 2010

selamat tinggal kawan

Tamat zaman persekolahan adalah satu perkara yang mungkin dibenci dan agak mencairkan hati ini kepada para pelajar dan juga aku.Sahabat-sahabat yang telah mengharung segala pahit dan manis kini mungkin akan pergi jauh dari kita atau tidak akan selalu bersama lagi seperti diwaktu zaman persekolahan dahulu.Segala kenangan yang berlaku dizaman itu hanya tinggal sebagai sejarah dan mungkin akan terpadam dari ingatan.Walaupun sewaktu aku bergelar student yang agak pendiam dan skema,tapi setiap perkara yang berlaku masih segar didalam memori minda ini.Setiap saat gembira,sedih dan marah telah mengajar aku tanda persahabatan.Dunia ini bagaikan telah dikuasai oleh aku dan kawan-kawan.Sewaktu masih lagi bersekolah,aku hanya memikirkan untuk cepat menamatkan zaman persekolahan.Padahal,aku tidak tahu apa yang akan terjadi selepasnya.Kini barulah aku sedar betapa indahnya zaman persekolah itu.Dunia aku sekarang bagaikan telah dimatikan dan dihidupkan semula.Semuanya harus bermula sekali lagi.Namun aku sudah biasa dengan lumrah dunia yang setiap benda didunia ini tidak akan kekal untuk selamanya.Jika aku diberi peluang oleh yang maha kuasa,aku akan meminta untuk kembali ke zaman persekolahan semula dan menghayatinya sedalam-dalamnya.

Sunday, May 9, 2010

Tahniah Kawan-Kawan

Kini adalah musim pengambilan para pelajar untuk menyambung belajar di universiti,kolej atau lain-lain lagi.Bagi pihak yang menawarkan tawaran,mungkin mereka sedang sibuk dan bersaing diantara pihak yang juga menawar tawaran untuk mengambil pelajar lepasan SPM untuk belajar ditempat mereka.Pada para lepasan SPM pula mereka mungkin telah menerima pelbagai tawaran yang bagus.Itulah yang sedang dialami oleh kawan-kawan aku sekarang.Salah seorang sahabat aku pernah memberitahu aku bahawa dia hampir gila kerana tidak tahu untuk menerima tawaran yang patut diambil.Bagi aku,aku sangat gembira kerana mereka semua dapat tawaran untuk menyambung belajar sedangkan aku disini hanya menunggu tawaran.Tetapi aku tahu,aku juga pasti akan menerima tawaran untuk sambung belajar seperti kawan-kawan aku yang lain.Walaupun hanya menerima tawaran untuk sijil dan tidak sehebat kawan-kawan yang lain yang menerima diploma,aku akan menerimanya juga kerana bagi aku walaupun hanya belajar untuk mendapatkan sijil,ia juga boleh membantu aku berbanding belajar untuk mendapatkan diploma yang belum tentu lagi boleh menjaminkan masa hadapan.Aku bukan bermaksud yang aku cemburu tetapi,bagi aku biar dapat sambung belajar daripada duduk dirumah.Disini aku ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan aku juga mendoakan kepada sahabat-sahabatku agar pilihlah tawaran yang tepat dan belajarlah bersungguh-sungguh hingga ke menara gading.Tahniah kawan-kawan,jumpa kamu semua dipuncak kejayaan.

Saturday, May 8, 2010

mainan duniawi

Semanjak beberapa hari ini hidup aku tidak tenang.Minda aku seperti telah berfungsi dengan sendiri.Ia seseolah memikirkan sesuatu yang aku tidak tahu.Aku cuba mengenal pasti apa yang sedang berlaku.Adakah aku telah melakukan sesuatu yang salah???Aku masih terpinga-pinga.Hampir seluruh hidup aku berubah.Siang telah bertukar menjadi malam dan malam telah menjadi siang.Kepala aku sangat sakit menahan tekanan seperti sedang menjawab soalan matematik ketika peperiksaan SPM.Aku perlukan bantuan kamu semua wahai sahabat-sahabatku.Aku sudah tidak tahan lagi.Seperti ada sesuatu yang cuba memberitahu kepada aku.Tetapi,aku masih tidak tahu apa yang sebenarnya.Kepada sahabat-sahabatku dan sesiapa yang mengenali aku,aku memohon maaf jika aku ada membuat salah kepada kamu semua.Aku benar tidak tahu apa yang sedang aku alami.Terima kasih kepada sesiapa yang membaca halaman ini...

Dj

Anda tahu apa itu "DJ"???Mesti faham kan???Ia singkatan daripada ayat "D&J"."Dj" telah berkembang di Malaysia.Ramai pengikut yang gembira bersamanya."Dj" bagaikan "DUNHILL" 2nd level ataupun "DUNHILL JUNIOR".Sahabat aku yang sedang melihat aku mengarang cerita ini pun sedang melayan "DJ".Hanya bermodalkan RM2.50,ia sungguh berbaloi kerana mempunyai 20batang berbanding "DUNHILL" 20 RM9.30.Rasanya sama juga.Rokok juga.Sakit pun sama dapat juga.Jika menghisap rokok ini,kita boleh mengeratkan hubungan silaturrahim diantara sahabat.Tahu kenapa aku bercakap sedemikian???Kerana ia dah lah murah,banyak pulak tu.Jadi boleh la "open" kat kawan-kawan.Menurut JABATAN ALAM SEKITAR,sampah daripada kotak rokok "DJ" telah banyak bersepah-sepah disekeliling kita.Dengan itu "DJ" telah memasuki senarai rokok pilihan ramai rakyat Malaysia.Tetapi,ia rokok yang tidak sah kerana ia diseludup oleh...orang la,ape lagi..hahaha...Jadi aku hanya mengarang cerita.Yang lain lu pikir la sendiri.Sekian..Terima kasih...

P.S:rokok membahayakan kesihatan anda.

Friday, May 7, 2010

terima kasih sahabat

Kata sahabat aku,hidup ini bagaikan rancangan wheel of fortune.
Kita tidak tahu bahawa kita akan menerima ganjaran yang besar atau kecil.
Jadi,kita harus bersyukur menerima setiap pemberian.
Aku cuba menyelami kata-katanya itu dan cuba melakukannya.
Dan ternyata indah kata-kata sahabat aku itu bila aku fahaminya.
Dunia ini adil kepada kita dengan apa yang telah kita lakukan.
Tuhan sentiasa adil kepada umatnya.
Terima kasih sahabatku kerana memberi aku sesuatu yang akan membantu aku suatu masa nanti..

story of my friend



I met him in silence
I am thankful for still having someone to accompany me
He has distanced me from the loneliness

with him, this world is so beautiful and peaceful
all my problems disappeared with the blink of an eye
I was so happy and cheerful

however, that was only temporarily
with the unexpected, he had left me in joy

however, I was familiar with the common world
every sorrow will arise a joy
I also hope that he will come back to me and accompany me forever

Sunday, May 2, 2010

Leave Before The Lights Come On

Well this is a good idea,
He wouldn't do it if it wasn't,
He wouldn't do it if it wasn't one.
Well my friend fancies you,
Oh what a way to begin it all,
You said, "It's always exciting words to hear"

And we woke up together not quite realising how,
Awkwardly stretching and yawning,
Its always hard in the morning,

And I suppose that's the price you pay,
Well oh it isn't what it was,
She's thinking he looks different today,
And now there's nothing left to guess now,

You left before the lights came on,
Because they didn't want to ruin,
What it was that was brewing,
Before they absolutely had to,
And how can you wake up,
With someone you don't love?
And not feel slightly fazed by it,
Oh, he had a struggle,

Quick, let's leave, before the lights come on,
'Cos then you don't have to see,
'Cos then you don't have to see,
What you've done...