Sunday, May 9, 2010

Tahniah Kawan-Kawan

Kini adalah musim pengambilan para pelajar untuk menyambung belajar di universiti,kolej atau lain-lain lagi.Bagi pihak yang menawarkan tawaran,mungkin mereka sedang sibuk dan bersaing diantara pihak yang juga menawar tawaran untuk mengambil pelajar lepasan SPM untuk belajar ditempat mereka.Pada para lepasan SPM pula mereka mungkin telah menerima pelbagai tawaran yang bagus.Itulah yang sedang dialami oleh kawan-kawan aku sekarang.Salah seorang sahabat aku pernah memberitahu aku bahawa dia hampir gila kerana tidak tahu untuk menerima tawaran yang patut diambil.Bagi aku,aku sangat gembira kerana mereka semua dapat tawaran untuk menyambung belajar sedangkan aku disini hanya menunggu tawaran.Tetapi aku tahu,aku juga pasti akan menerima tawaran untuk sambung belajar seperti kawan-kawan aku yang lain.Walaupun hanya menerima tawaran untuk sijil dan tidak sehebat kawan-kawan yang lain yang menerima diploma,aku akan menerimanya juga kerana bagi aku walaupun hanya belajar untuk mendapatkan sijil,ia juga boleh membantu aku berbanding belajar untuk mendapatkan diploma yang belum tentu lagi boleh menjaminkan masa hadapan.Aku bukan bermaksud yang aku cemburu tetapi,bagi aku biar dapat sambung belajar daripada duduk dirumah.Disini aku ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan aku juga mendoakan kepada sahabat-sahabatku agar pilihlah tawaran yang tepat dan belajarlah bersungguh-sungguh hingga ke menara gading.Tahniah kawan-kawan,jumpa kamu semua dipuncak kejayaan.

No comments:

Post a Comment