Thursday, December 2, 2010

maaf jika tidak sempurna

Hari ini aku menangis.Menangis melihat keperitan hidup seorang lelaki tua ini.Dia yang sedang melalui hari-hari yang sunyi dan senyap dengan tabah.Walaupun tenaga lelaki ini sudah hampir sama dengan budak lelaki yang berumur 4tahun,namun dia tetap hendak berusaha.Dia memang seorang yang pendiam dari mula aku kenali.Namum begitu dia tetap buat aku rasa gembira.Lelaki tua itu adalah "ATUK".Atuk kini sudah uzur,atuk hanya mampu terbaring diatas katil.Yang aku dapat melihat dia hanya termenung.Entah apa yang atuk sedang fikirkan.Mungkin sedang fikirkan insan yang dia sayangi iaitu arwah opah.Aku tidak pernah melihat wajah opah sejak dilahirkan kerana opah telah pergi dengan tenang setahun sebelum aku dilahirkan.

Atuk memang seorang yang suka berusaha dan kuat berkerja,tetapi kini atuk memerlukan bantuan akan anak serta cucunya.Atuk sudah tidak larat untuk bergerak.Atuk perlukan bantuan walaupun untuk minum.Setiap kali atuk perlukan bantuan,aku sentiasa gelisah.Gelisah kerana aku kesian padanya.Atuk memang sudah uzur.Tidak seperti dahulu yang mampu berniaga diwarung kopinya.Walaupun berniaga seorang diri atuk tetap setia melayan pelangan-pelangan warung kopinya itu.Teh atau kopi yang atuk buat tidak pernah ada sesiapa lagi yang dapat tandingi.Atuk memang baik.Aku hanya pernah dimarahi sekali sahaja.Itu pun sebab aku bergaduh dengan sepupu sewaktu aku masih lagi kecil.

Sebelum ini aku tidak pernah menjaga atuk kerana atuk tinggal dan dijaga oleh kakak ayah.Tetapi kakak ayah itu pun sudah tua dan tidak larat lagi.Kini giliran ayah pula yang menjaga atuk kerana anak-anak atuk lain yang terdekat semua sudah menjaga atuk.Sebelum ini ayah ada juga menjaga atuk tetapi tidak selalu kerana kami sekeluaraga duduk jauh dari atuk.Kini kami sudah berpindah berdekatan dengannya.Aku sedang belajar untuk sesuaikan diri untuk menjaga dan memahami perasaan atuk.Aku harap aku mampu buat yang terbaik untuk atuk.Walaupun sesekali aku rasa kehidupan harian aku terganggu tetapi untuk masa hadapan aku akan merasa nikmat kerana aku dapat menjaga atuk.Mungkin aku akan menerima kurnia dari ALLAH dan atuk.Aku akan cuba menjadi cucu yang terbaik.Harap atuk sentiasa tenang dan gembira walaupun didalam keadaan sebegini.aku akan tetap menangis untuk atuk.



jika kita membantu seseorag yang memerlukan juga memerlukan bantuan,kita akan sentiasa diingati

1 comment: